BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA
1.1.1 Konsep Isu dan Cabaran Pendidikan
Menurut Kamus Dewan (2007) :
Isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan.Cabaran pula merujuk kepada sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi.
1.2 INTEGRASI NASIONAL
Konsep Sekolah Wawasan diluluskan pada 1997 menggabungkan 3 buah sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya berkongsi kemudahan. Penubuhanannya untuk mengeratkan perpanduan dalam kalangan pelajar. Penyatuan murid-murid dengan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa kebangsaan dan dalam kelas masa yang sama murid dapat memahami budaya, bahasa dan pemikiran kaum lain.
1.2.2 PERANAN GURU DALAM MENANGANI ISU INTEGRASI NASIONAL
Guru dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh dengan agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara yang glokal. Berdasarkan panduan KPM, peranan guru sebagai pembina negara bangsa dilaksanakan menerusi :
- Memperkasakan bahasa kebangsaan
- Memantapkan perpanduan negara dan integrasi nasional.
- Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan, budaya dan bangsa
Dewey (1996) mengatakan bahawa pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai ejen bagi meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup. Ahmad Fauzi (1997), Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu (democratizion of access to quality education). Dalam konsep pendemokrasian pendidikan, dasar-dasar penting telah dibentuk.
Terdapat 4 tonggak pendidikan UNESCO :
(ii) Belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do)
(iii) Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be)
(iv) Belajar untuk harmoni dan bekerjasama (learning to live together)
1.5 GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
Scholte (2000:16) menyatakan bahawa globalisasi merujuk kepada proses menyingkirkan balasan / sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka. Dalm konteks pendidikan, globalisasi ialah proses mengenepikan sekatan untuk menwujudkan dunia terbuka tanpa sempadan.
1.6 KEPELBAGAIAN BUDAYA
Budaya : cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuana dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh ahli anggotanya atau diwarisi secara turun temurun.

1.7 PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI(TMK)
Antara faedah yang boleh diperolehi daripada Teknologi maklumat dan Komunikasi ialah :
- Pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital.
- Peluang kepada jaringan antara para pendidik dan penyelidik berkongsi bahan penyelidikan dan akademik.
- Memperkembangkan kemahiran aras tinggu seperti kolborasi di mana-mana shaja tanpa mengira tempat dan masa serta penyelesaian masalah.
10:23
gagogilak




