Monday, 24 August 2015

BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID


3.1 GANGGUAN EMOSI

Menurut Kamus Dewan (2007), emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Gangguan emosi berlaku apabila seseorang :


  • Mengalami emosi tertentu seperti depresi. 
  • Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan 
  • Sukar berhubung dengan orang lain. 
  • Mempunyai 2 atau lebih emosi misalnya antara marah dan takut.

 3.1.1 Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid 

Kanak-kanak yang menghadapi gangguan emosi biasanya :


       (i)    Tidak berupaya berinteraksi secara formal dengan kanak-kanak lain. Tingkah laku mereka lebih bersifat keanak-anakan dan tidak mengikut tahap mereka.


       (ii)    Ada kalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk.




 3.1.2 Punca Gangguan Emosi

Faktor yang ketara yang menyebabkan gangguan emosi ialah masalah-masalah seperti :


   (i)     Masalah ketidakfungsian otak

   (ii)    Pemakanan
   (iii)   Mempunyai kemahiran sosial yang rendah dan tidak mempunyai keyakinan diri
   (iv)   Masalah keluarga yang sentiasa menunjukkan sikap kasar dan agresif
   (v)    Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran.

3.1.3 Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid

  • Khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor.
  • Diberi bimbingan kerjaya
  • Mendapat kerjasama daripada ibu bapa.
  • Modifikasi tingah laku yang sesuai.
  • Didedahkan dengan pengurusan emosi.
  • Peraturan bilik darjah yang bersesuaian .
  • Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri.


Untuk maklumat lebih lanjut tentang blog ini, sila klik di sini.


0 comments :

Post a Comment